Showing posts with label VLE FROG. Show all posts
Showing posts with label VLE FROG. Show all posts

Friday, August 15, 2014

VLE Frog : Tatacara Login ID Frog VLE

VLE Frog : Tatacara Login ID Frog VLE  | Berikut merupakan Tatacara Login ID Frog VLE. Semoga dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk para guru dan pelajar.

Pastikan tidak lupa Yes ID dan Password. Sekiranya lupa, boleh rujuk Encik Zubaidi Bin Djemiko.

Thursday, July 17, 2014

VLE FROG : URL VLE FROG SMK Munshi Abdullah

VLE FROG : URL VLE FROG SMK Munshi Abdullah | Berikut merupakan url VLE Frog untuk SMK Munshi Abdullah. Selamat mencuba.



Monday, June 23, 2014

VLE FROG : Pengenalan VLE FROG


VLE FROG : Pengenalan VLE FROG

Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya di satu tempat. Ia adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet. 

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.
 
Blogger Templates